Dengeki G's Magazine (電撃G's magazine ) ialah sebuah majalah Jepun yang diterbitkan oleh ASCII Media Works (asalnya dikenali sebagai Mediaworks) dan dijual secara bulanan pada tanggal 13 haribulan dan secara dasarnya mengandungi maklumat yang ditujukan buat judul-judul permainan video bishōjo, namun turut menyertakan sebuah bahagian penuh tentang siri anime yang berdasarkan permainan video bishōjo, dan menyirikan manga dan novel-novel ringan berdasarkan genre permainan video tersebut. "G's" dalam tajuk majalahnya adalah untuk Gals (bahasa Inggeris: Girls) dan Games. Majalah ini terkenal sebagai hos kepada permainan video yang disertai pembaca di mana keputusannya adalah ditentukan secara langsung oleh pembaca majalahnya; misalnya, Sister Princess, dan Strawberry Panic!. Dengeki G's Magazine mula-mula dijual pada 26 Disember 1992 di mana tajuk isu bulan Februari 1993 sebagai Dengeki PC Engine, yang diubah kepada judul terkini pada tahun 2002. Sebuah edisi spin-off istimewa yang digelar Dengeki G's Festival! telah diterbitkan dalam selangan tidak nalar dan setiap isu bertumpu kepada satu-satu judul permainan video bishōjo.